PUTRAJAYA, 27 Jan – Didalangi……. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan usaha menjatuhkan beliau di Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) akan datang, didalangi oleh sebuah parti pembangkang yang
menggunakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan tertentu bagi
mencapai matlamat tersebut.
Ahmad Zahid menjelaskan ia tidak membabitkan UMNO atau parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Mengakui bahawa cubaan itu merupakan tugas hakiki pembangkang, beliau yang
juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata modus operandi yang dilakukan pihak
yang telah dikenal pasti itu amat berbeza berbanding pendekatan yang digunakan
lawan di kawasan lain.

“Walaupun itu memang tugas pembangkang tetapi di Bagan Datuk merekamenggunakan beberapa NGO, kumpulan tertentu untuk menentukan bahawa saya’tercabut’ dari akar sokongan.

“Mereka menggunakan organisasi dan individu tempatan untuk merobek segala
sokongan yang diberikan rakyat terhadap saya selaku Anggota Parlimen termasuk
kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawahnya,” katanya.
Beliau mengulas andaian parti pembangkang dan pihak tertentu yang
menyifatkan pengumuman yang dibuatnya pada malam Jumaat lepas (20 Jan) pada
majlis Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan
Datuk itu sebagai tanda wujudnya krisis dalaman membabitkan UMNO.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dakwaan wujud krisis dalam UMNO serta
BN, khususnya di Bagan Datuk tidak benar kerana pengumuman mengenai usaha
menjatuhkannya itu dibuat pada majlis yang disertai kepimpinan BN bagi Parlimen
itu.

“Ini bererti saya mengingatkan parti komponen BN bahawa usaha itu datang
dari luar dan semua parti harus sepakat dan bersiap siaga menghadapi apa sahaja
serangan daripada pihak pembangkang menjelang PRU akan datang,” katanya. – WD MY