IPOH, 27 Nov – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, yang pertama kali disambut selepas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV.

Ahmad Zahid adalah penerima pertama Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, berkata SPSN diperkenal buat pertama kali pada tahun ini.

Turut sama menerima darjah kebesaran berkenaan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin adalah antara lima penerima SPMP yang membawa gelaran Datuk Seri. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY