PUTRAJAYA, 15 Ogos – Terima Kunjungan Hormat TPM Singapura…… Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean, yang dalam rangka lawatan kerja dua hari di Malaysia, hari ini melakukan
kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di
pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Selepas itu, Teo turut mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya.

Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, pada kunjungan itu,
kedua-dua pemimpin membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang
penting bagi Malaysia dan Singapura.

“Antara lain, mereka membincangkan isu keselamatan seperti radikalisasi dan
keganasan,” menurut kenyataan itu.

Menurut laporan, Teo, yang juga menteri penyelaras bagi keselamatan negara,
akan menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi
Lautan Biru Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok. – WD MY

LEAVE A REPLY