?MALTA, 28 Nov -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada di Malta, bagi menghadiri sesi pemukiman Ketua-ketua Kerajaan Komanwel ke-24, yang bermula hari ini.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis serta pegawai dari Kementerian Dalam Negeri tiba di Lapangan Terbang Luca, Malta pada pukul 9:40 malam tadi waktu tempatan.
Ketibaan beliau di Hotel Grand Excelsior di Valletta disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kanan Wisma Putra.

Hari ini Datuk Seri Ahmad Zahid dijadual menghadiri sesi pemukiman pertama Ketua-ketua Kerajaan Komanwel bermula pada pukul 10 pagi di Fort St Angelo, Vittoriosa.
Dan esok, beliau akan menghadiri sesi pemukiman kedua sebelum berlepas kw Rome, Itali, bagi rangka lawatan selama 3 hari ke negara itu.

Chogm 2015 Malta, memberi tumpuan kepada 4 isu utama. Antaranya pemanasan global, ancaman keganasan militan dan radikalisasi serta isu pelarian di rantau Eropah.

Sidang Kemuncak Dwi Tahunan ini juga dijangka mengeluarkan dua pernyataan iaitu Pernyataan Malta 2015 dan Pernyataan Ketua-ketua Kerajaan Komenwel mengenai pemanasan global.-Suraya Ahmad/CF (WD MY)

LEAVE A REPLY