KUALA TERENGGANU, 6 Nov – Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Lapangan Terbang Sultan
Mahmud pada 7.50 malam ini, untuk lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Ketibaan Ahmad Zahid disambut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul
Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, barisan exco
kerajaan negeri, pemimpin UMNO negeri serta pemimpin masyarakat setempat.

Ahmad Zahid dan rombongan, kemudian ke sebuah hotel di sini, untuk
merasmikan majlis penutup Konvensyen UMNO Terengganu 2015, malam ini.

Konvensyen UMNO Terengganu 2015, dihadiri sebanyak 848 perwakilan daripada
lapan UMNO Bahagian dan 153 jemputan khas dalam kalangan Veteran UMNO, anggota
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) serta wakil PERMATA.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY