KUALA LUMPUR, 13 Nov – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi diuji apabila semasa beliau dalam lawatan kerja ke United Kingdom sebuah portal pro pembangkang terkenal mengeluarkan artikel “Ekskusif” dengan mengatakan Ahmad Zahid mencetuskan kekecohan di Bangladesh.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, di dalam artikel yang dikeluarkan portal pro pembangkang itu dikatakan menangguhkan pemeteraian perjanjian dua hala untuk pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh oleh Malaysia.

Adakah penulis tersebut tidak tahu yang Menteri dan Kerajaan Malaysia berhak untuk menangguhkan seseuatu perjanjian melibatkan antara dua negara dalam beberapa sebab yang lain.?

Mungkin wartawan berkenaan tidak tahu dengan menyangkakan penangguhan perjanjian kemasukan pekerja asing berkenaan atas faktor-faktor lain seperti perlunya penelitian dan kajian atau melibatkan beberapa pihak dalam negara ini mengkaji perjanjian tersebut dahulu.?

Dalam artikel berkenaan, dikatakan Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah menghantar sepucuk surat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Guna Tenaga Kerja Luar Negara, Bangladesh dengan menegaskan bahawa “cadangan syarikat terpilih Malaysia” mesti dimasukkan ke dalam MOU.

“Saya dengan ini meminta Yang Berhormat supaya menggabungkan cadangan syarikat terpilih Malaysia dalam draf MOU yang sedang disediakan.

“Merujuk perkara di atas, sila abaikan semua rancangan awal yang dibuat sebelum ini, sehingga ini dimuktamadkan,” kata Zahid surat bertarikh 6 November.

Tahukah wartawan berkenaan yang mana setiap perkara melibatkan kepentingan negara perlu mendapat kelulusan dan kata putus dalam mesyuarat kabinet dan kebetulan pada tarikh 6 November berkenaan adalah hari mesyuarat Kabinet.

Pada 7 Ogos, Abul Hassan Mahmood Ali selaku Menteri Luar Bangladesh membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra dan salah satu agenda yang dibawa Menteri luar itu adalah membincangkan mengenai kemasukan warganya ke negara ini.

Apa yang dipersoalkan adalah motif portal berkenaan yang mengaitkan beberapa syarikat dan individu di dalam artikel berkenaan.

Sebelum ini, Portal berkenaan juga pernah mengeluarkan artikel yang bertajuk “Adik Zahid Bakal Dapat Projek 1.5 Pekerja Bangladesh” namun semuanya hanya sekadar penulisan dari wartawan bekenaan dan portal tersebut dengan niat mengaibkan Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri.

Diharap Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen, Kementerian Luar Negeri dan pihak berkenaan segera menangkis dakwaan yang dibuat portal pro pembangkang bekenaan yang kerap mengeluarkan cerita yang mampu membuat pembaca mempercayai artikel berkenaan. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY