BAGAN DATUK, 19 April — BARU….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melawat tapak Wisma UMNO yang baharu di Parit 4, Sungai Sumun di sini.

Ahmad Zahid meluangkan meninjau kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan.

Projek berkenaan yang kini sudah hampir siap sepenuhnya itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kafeteria, gelanggang futsal dan kemudahan tempat meletak kenderaan.

Bangunan yang dijangka siap pada Mei ini dibina bagi menggantikan bangunan Wisma UMNO Bagan Datuk di Simpang 4, Hutan Melintang di sini.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya, Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Datuk Khairudin Tarmizi. – WD MY