KUALA LUMPUR, 30 Nov – Tinjau……. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas
timbalan presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa meninjau dan
mendengar perbahasan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO di sini,
hari ini.
Beliau diiringi anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan
Kassim, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Ahmad Zahid yang tiba pada pukul 4 petang terus memasuki Dewan Tun Hussein
Onn untuk mendengar sesi perbahasan oleh perwakilan dari Wilayah Persekutuan,
Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa Hairunnisha Bivee Ismail.
Kehadiran beliau disambut tepukan gemuruh dan sokongan perwakilan Wanita
yang hadir pada persidangan itu.
umno-lawat
Ahmad Zahid kemudian beralih ke Perhimpunan Puteri UMNO yang berlangsung di
Dewan Tun Dr Ismail ketika perwakilan dari Pahang, Ketua Puteri Bahagian
Jerantut, Norsarfinaz Mohd Azman membahaskan isu sosial.
Keadaan dewan gamat apabila Norsarfinaz yang membahasakan dirinya ‘Kak Fifi
pom-pom’ berseloroh apabila menyentuh mengenai isu pencemaran bauksit di Pahang.
“Kita harap bauksit jangan jadi ‘foundation’, sungai jangan jadi teh tarik,”
katanya bersahaja sehingga mengundang tawa Ahmad Zahid dan sorakan perwakilan
Puteri.  – WD MY