KOTA BHARU, 17 April – TPM Ziarah MB Kelantan…Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, sejak Rabu lalu akibat pendarahan di kepala.

Beliau yang baharu selesai menghadiri Program Sejiwa Senada Peringkat Bahagian Samarahan, Sarawak, meluangkan masa selama 10 minit di Wad 2 Delima (Unit Rawatan Rapi Neuro) sebaik tiba pada jam 5.50 petang semalam, di HUSM dari di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY