JOHOR BAHRU, 19 Okt – Ziarah……Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melawat bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, Bani Abd Razak yang kedua-dua kakinya dipotong akibat kencing manis di rumahnya di Bukit Aliff, Tampoi di sini.

Ahmad Zahid tiba pada jam 1.25 petang dan meluangkan masa bersama Bani, 57, dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.

“Sudah menjadi kelaziman pada saya kalau ada program politik saya mengambil kesempatan melawat kawan lama.”

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar Kredit Kepada Azizul Hakim
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar Kredit Kepada Azizul Hakim

“Dua minggu sudah, saya melawat rakan di Simpang Renggam, walaupun mustahil untuk saya melawat semua,” kata Ahmad Zahid.

Beliau dan Bani merupakan rakan seperjuangan semasa di dalam Pergerakan Pemuda Umno lagi.

“Bani adalah rakan lama semasa kami bersama-sama dalam Pemuda. Keperluan dia adalah kaki palsu dan saya akan menguruskan (perkara ini). Insya-Allah saya akan cari pembiayaan bagi membolehkan beliau berjalan semula,” katanya kepada media di sini. – WD MY