KUALA LUMPUR, 7 Okt – AirAsia Bhd tidak mempunyai pengetahuan
mengenai laporan media yang mengatakan bahawa ia akan dijadikan syarikat
persendirian.

Syarikat penerbangan tambang murah yang terbesar di Asia itu, berkata ia
mula mengetahui mengenai khabar angin tersebut apabila ia muncul dalam Ogos
tahun ini dengan saham-saham syarikatnya aktif didagangkan.

“Ini berlaku hanya sebelum syarikat mengumumkan cadangannya pembelian
kembali saham sehingga sepuluh peratus pada 18 Sept, 2015,” katanya.

AirAsia sedang di dalam perbincangan dengan bank-bank tertentu bagi mendapat
sebahagian pembiayaan untuk pembelian semula saham-saham tersebut.

Katanya, pekeliling untuk para pemegang saham sedang disediakan untuk
mesyuarat agung luar biasa yang akan datang, kemungkinan dalam November tahun
ini bagi mendapatkan kelulusan para pemegang saham untuk cadangan pembelian
balik saham-saham ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY