KUALA LUMPUR, 2 Jun – AirAsia X, syarikat penerangan kos rendah
jarak jauh sekutu Kumpulan AirAsia, menandatangani perjanjian dengan The Flight
Centre Travel Group (FLT) bagi mengukuhkan saluran pembekalan di Australia.

Menerusi perjanjian itu, FLT dan Kumpulan AirAsia akan bekerja bersama-sama
secara proaktif bagi mempromosi tambang syarikat penerbangan, mewujudkan
penawaran baharu dan unik untuk pelanggan serta meluaskan pasaran perjalanan
keluar, kata AirAsia X menerusi satu kenyataan hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata syarikat
penerbangan itu mengenal pasti peluang pertumbuhan yang kukuh di Australia.

“Menerusi kerjasama rapat dengan FLT, kami dapat mengetengahkan penawaran
kami kepada pangkalan asas pelanggan syarikat yang luas serta mempromosi secara
proaktif kepada pengguna merentas saluran jenama dan jualan syarikat, terutama
1,000 kedai runcit perjalanan.

“Kepelbagaian jenama ini sangat penting berikutan model penerbangan kos
tambang rendah tradisional semakin berkembang dan semakin popular dalam kalangan
pelanggan secara lebih luas,” katanya.

Perjanjian itu bakal menyaksikan FLT memperoleh akses barisan penuh produk
AirAsia menerusi aplikasi program antara muka dalam sistem pengedaran global.
-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY