KUALA LUMPUR, 19 Jun – AirAsia Selenggara Sistem Dalam Talian…. Sistem dalam talian syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, akan menjalani penyelenggaraan berjadual bagi tempoh 27 jam mulai 12.01 tengah malam pada Selasa 21 Jun, 2016 sehingga 3 pagi pada Rabu 22 Jun, 2016.

Menurut kenyataan AirAsia hari ini, sepanjang tempoh berkenaan, pelanggan tidak dapat mendaftar masuk secara dalam talian atau mengakses fungsi “Urus Tempahan Saya” di laman web airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia manakala kios di lapangan terbang akan tergendala.

Menurut AirAsia, tempahan penerbangan juga tidak dapat dilaksanakan selama tujuh jam mulai 10 malam pada Selasa sehingga 3 pagi pada Rabu. – WD MY

LEAVE A REPLY