AirAsia Lancar Kempen ‘Dreams Come True with AirAsia’

0
56

KUALA LUMPUR, 13 Nov –  LANCARKAN…… AirAsia melancarkan kempen ‘Dreams Come True with AirAsia’ untuk mencari serta memupuk bakat muzik dari ASEAN.

“Semasa kempen sembilan minggu, AirAsia akan bekerjasama dengan platform muzik, Spotify, untuk mengenal pasti 20 artis yang berbakat dari rantau yang berbeza untuk merebut peluang beraksi dengan produser muzik, penghibur, pencipta lagu, pemuzik, penggubah lagu terkenal dan juga duta AirAsia, David Foster,” menurut syarikat penerbangan.

Peminat muzik digalakkan untuk menstrim artis kegemaran mereka di Spotify semasa kempen tersebut, katanya.

“Jumlah strim yang diperoleh dalam tempoh ini akan menentukan siapakah di antara 20 artis yang akan beraksi bersama Foster di salah satu konsert beliau pada tahun depan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata melalui kempen itu, AirAsia berharap untuk mencari, mengasah dan menggalakkan sensasi muzik besar ASEAN akan datang serta membuat perubahan dalam kehidupan mereka.

“Saya fikir tiada mentor yang lebih baik untuk menggalas tugas ini daripada kawan baik saya Foster, yang serba tahu mengahsilkan muzik hit,” kata Fernandes. – WD MY