?SEPANG, 2 DIS – Air Asia mengesahkan beberapa penerbangan terganggu disebabkan keperluan operasi.

Air Asia sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu bagi memastikan semua penumpang menikmati perjalanan yang lancar.

Semua penumpang yang terlibat sedang dimaklumkan dan Air Asia sedang menyediakan bantuan yang diperlukan.
Pihak AirAsia memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.

Mengulas mengenai isu itu, Malaysia Airport Holdings Berhad berkata, pihaknya akan cuba membantu syarikat penerbangan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Ditanya sama ada operator lapangan terbang boleh mengambil tindakan penalti terhadap syarikat penerbangan yang bermasalah, Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, ia di bawah bidang kuasa kerajaan.

Jelasnya MAHB akan bertemu pengurusan syarikat terbabit membincangkan kaedah bagi membantu.

Datuk Badlisham ditemui media selepas merasmikan restoren Flight Club di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY