KUALA LUMPUR, 19 Jun – AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata akan menyambung
semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Dhaka, Bangladesh, meneroka pasaran luas negara yang
mempunyai lebih 18 juta penduduk itu, mulai 10 Julai.

Sempena penyambungan perkhidmatan itu, AirAsia menawarkan tambang promosi
daripada RM399 sehala dengan peruntukan masuk bagasi percuma sehingga 30kg,
dengan tempahan dibuka dari sekarang hingga 28 Jun bagi tempoh perjalanan dari
10 Julai 2015 hingga 31 Mei, 2016.

Tambang promosi ini boleh ditempah secara dalam talian di airasia.com serta
aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone dan peranti Android, selain menerusi
laman web mudah alih mobile.airasia.com. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY