KUALA LUMPUR, 16 Okt – Tangguh Penerbangan….. Sebanyak 20 penerbangan AirAsia sama ada pergi atau dari selatan China akan terjejas dengan Taufan Sarika hari ini dan esok.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan berkata penerbangan antara Kuala Lumpur ke Manila dan dari Kota Kinabalu ke selatan China mungkin akan dibatalkan atau dijadualkan semula.

Penerbangan yang terjejas ialah AK 582/AK 583 (Kuala Lumpur-Manila); AK 1531/AK 1530 (Kota Kinabalu-Guangzhou); AK 1574/AK 1575 (Kota Kinabalu-Hangzhou) dan AK 239/AK 238 (Kota Kinabalu-Hong Kong).

Selain itu, penerbangan AK 2138/AK 2139 (Kota Kinabalu-Wuhan); AK 6260/AK 6261/AK 6262/AK 6263 (Kota Kinabalu-Tawau); AK 5109/AK 5105/AK 5115/AK 5114/AK 5135/AK 5136 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur) turut terjejas.

Penumpang yang terjejas dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di laman web syarikat penerbangan itu sebelum ke lapangan terbang.

AirAsia menambah syarikat itu sedang memantau potensi kesan ribut itu dan akan terus mengemas kini sebarang perubahan kepada para pelanggan menerusi e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS). – WD MY