KUALA LUMPUR, 30 Dis – AirAsia X Bhd (AAX) telah menandatangani satu perjanjian dengan Asian Aviation Centre of Excellence Sdn Bhd (AACE) untuk menjual pemeriksa juruterbang tetapan Airbus (DPE) dengan harga US$2.38 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, berkata AACE merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan menjalankan perniagaan akademi penerbangan yang menyediakan latihan juruterbang, penyelenggaraan serta latihan untuk anak kapal.

“Kit DPE ini terdiri daripada pakej data, perisian simulasi dan kit
bahagian-bahagian pesawat yang tulen yang akan dipasang dalam peranti latihan
simulasi pesawat,” kata AAX.

Ia menambah bahawa penjualan kit DPE itu termasuk hak kepada dan
kepentingan dalam bahagian-bahagian pesawat.

Kit DPE ini adalah bebas royalti dan akan disertakan dengan lesen bukan
eksklusif untuk penggunaan bebas daripada segala bebanan, bagi pembuatan,
pemasangan, kelayakan, pembangunan, operasi, penyelenggaraan, menaik taraf dan
kemas kini yang hendaklah disertakan dalam penyediaan perkhidmatan latihan
kepada pelanggan AACE.

“AAX dan AACE bersetuju harga penuh pembelian akan ditolak daripada bayaran
invois yang dihutang oleh AAX kepada AACE. Pihak-pihak tersebut juga bersetuju
bahawa pembayaran harga beli dengan cara set kontrak tersebut membentuk
pertimbangan yang sah dan mencukupi untuk kit DPE itu,” katanya. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY