KUALA LUMPUR, 17 Jun – AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah
Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia, manakala AirAsia X
dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Kabin Premium Terbaik Dunia dan
Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Tempat Duduk Premium Terbaik pada
majlis Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes serta
Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz, dan Pemangku CEO AirAsia X Benyamin
Ismail hadir pada majlis itu untuk menerima anugerah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Fernandes berkata kejayaan memenangi
anugerah terbaik buat kali ketujuh berturut-turut merupakan kejayaan hebat dan
syarikat penerbangan itu akan terus melakukan inovasi dalam pelbagai aspek bagi
memberikan pengalaman perjalanan yang hebat.

Skytrax, penanda aras kecemerlangan syarikat penerbangan dunia, merupakan
anugerah paling berprestij dalam industri penerbangan menerusi 19 juta tinjauan
membabitkan 160 negara.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY