Akhirnya Debat Nazri-Tun M Batal Atas Faktor Keselamatan

Akhirnya Debat Nazri-Tun M Batal Atas Faktor Keselamatan

451
0

SHAH ALAM 2 April – Batal…… Minggu depan bakal berlangsung Debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dijadualkan diadakan pada 7 April ini di Kompleks Karangkraf di sini dibatalkan atas faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latif, setakat hari ini, pihak polis telah menerima 18 laporan daripada individu dari seluruh Selangor yang membantah debat tersebut.

Hasil risikan pihak polis turut menunjukkan ada pihak tertentu yang akan membuat kekacauan pada tarikh tersebut jika debat itu diteruskan.

“Ekoran perkembangan terkini dan mengambil kira kepentingan serta keselamatan awam, Ketua Polis Daerah Shah Alam telah membatalkan permit penganjuran dialog tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Selangor di sini hari ini.

-WD MY