KUALA LUMPUR, 27 Mac – Temukan…. Akhirnya, kedua -dua mangsa culik rakyat Malaysia yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina diserahkan kepada keluarga masing-masing, ┬áhari ini.

Tayudin dan Abdul Rahim tiba di tanah air semalam menerusi penerbangan dari Manila, Filipina.

Abdul Rahim Sumas, 62, dan Tayudin Anjut, 45, diserahkan dalam satu majlis ringkas di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kedua-duanya yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga bersama tiga lagi rakyat Malaysia diculik pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu, Sabah ketika kapal itu dalam perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan, 18 Julai tahun lalu.

Mereka diselamatkan Khamis lalu dalam operasi khas tentera dan polis marin Filipina di perairan Kalinggalang Caluang berhampiran Pulau Pata di Wilayah Sulu, selatan negara jiran itu.

Nasib tiga lagi rakyat Malaysia, Mohd Ridzuan Ismail, 33; Fandy Bakran, 26 dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, belum diketahui. – WD MY