KUALA LUMPUR, 31 Okt – Terus Mendidik Rakyat Malaysia……. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan terus mewujudkan kesedaran dan menyebarkan pendidikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia sejajar dengan wawasannya untuk mewujudkan isi rumah yang lebih berdaya tahan.

AKPK berkata, usaha itu akan menjurus kepada pengurusan dalam perancangan kewangan yang lebih baik serta menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat.

akpk1

Menerusi Hari Tabungan Sedunia hari ini, AKPK mencipta pelbagai kandungan untuk menggalakkan tabungan, seperti artikel, maklumat grafik dan video untuk pengguna, dan boleh dilihat menerusi laman web www.akpk.org.my laman rasmi Facebook AKPK.

Objektif Hari Tabungan ini, kali pertama disambut di Milano, Itali pada 1924, bertujuan menggalakkan tabungan dan menyemai minat dalam kalangan orang ramai di seluruh dunia.

“AKPK telah membangunkan pelbagai video, artikel dan infografik pendidikan kewangan untuk media sosial, semata-mata untuk Hari Tabungan Sedunia ini,” katanya.

Menerusi kerjasama institusi kewangan dan rakan kongsi strategik, peluang ini dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran dan menyemai pengetahuan mengenai kewangan dalam kalangan pengguna bagi memastikan masyarakat celik kewangan.

“Sudah menjadi aspirasi AKPK untuk menjadi nama isi rumah dalam menggalakkan kesejahteraan kewangan. Kami kini bertindak sebagai pemangkin untuk memberi inspirasi dan memperkasa orang ramai untuk melibatkan diri dengan kewangan mereka dan memulakan perjalanan mereka sendiri,” kata AKPK. – WD MY