KLUANG, 28 Feb – Akta Anti Keganasan yang akan dibentangkan tidak l?ama lagi, dilihat berupaya menjadi penanda aras global untuk menangani ancaman kumpulan militan IS.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pada ketika
ini, kebanyakan negara masih terkapai-kapai untuk memikirkan kaedah terbaik untuk berhadapan dengan ancaman pengganas seperti IS.

“Seperti Malaysia, ada negara lain yang juga sedang memikirkan sama ada u?ndang-undang yang ada dalam negara mereka cukup sesuai untuk menangani ancaman IS.
?

“Bagi Malaysia, saya percaya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Peguam Negara dan pihak-pihak berkepentingan telah pun melihat landskap ancaman ini.”

Beliau ditemui media selepas majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2015 Parlimen Sembrong, di Paloh, hari ini.

Hishammuddin, yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian ketika
menjawab pertanyaan bagaimana akta itu boleh membantu pertahanan negara daripada
ancaman militan. 
?

Sementara itu, Hishammuddin berkata sebahagian besar negara-negara Asean y?ang dilawati beliau sejak akhir-akhir ini telah bersetuju untuk menjadi anggota Pasukan Pengaman ASEAN di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Melalui pasukan pengaman, kita akan mengibar sebanyak 10 panji untuk k?eamanan dan ini yang membezakan kita dengan negara-negara lain kerana ia mempunyai nilai-nilai sejagat serta serantau,” kata beliau.

Sebelum ini, Hishammuddin yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Pertahanan A?SEAN (ADMM) telah melakukan lawatan ke beberapa negara antaranya Myanmar untuk bertemu dengan rakan sejawat. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY