AKAUN CUCU NAJIB RM100 TURUT DIBEKU

AKAUN CUCU NAJIB RM100 TURUT DIBEKU

584
0

KUALA LUMPUR, JULAI 6:DIBEKU….Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mempersoalkan kewajaran pihak bank membekukan akaun anak lelakinya yang berusia 10 bulan.

Dalam satu catatan di Facebook beliau, Nooryana Najwa memberitahu, akaun anaknya itu mengandungi hanya RM100 yang merupakan duit raya pertamanya tahun ini.

Beliau juga mempersoalkan sama ada kerajaan baharu hari ini sangat berdendam sehingga ingin menyingkirkan kesemua anggota keluarganya.

“Apa kaitan duit raya budak dengan 1MDB (1Malaysia Development Bhd.)?

“Adakah ini Malaysia baharu yang rakyat mahukan?” soal beliau.

Bukan itu sahaja, menurut Nooryana Najwa, akaun peribadi beliau yang digunakan untuk membayar yuran pembelajaran sendiri turut dibekukan.

“Sejurus selepas saya membayar jaminan ayah semalam dengan dana hasil kutipan daripada rakan-rakan dan saudara mara, pihak bank memberitahu mereka menerima arahan untuk membekukan akaun peribadi saya,” jelas beliau.-MY WD