BERLIN, 15 Dis – Russia Puncanya….. Jerman, hari ini beranggapan Russia adalah sebahagian daripada pihak bertanggungjawab dalam kemusnahan bahagian timur Aleppo dan pilihan untuk mengenakan sekatan ke atas Moscow masih dipertimbangkan kerana keutamaan kini adalah untuk membantu orang awam.

Jurucakap Jerman, Steffen Seibert pada sidang akhbar berkata, Russia, Presiden Bashar al-Assad dan tentera sekutu yang disokong Iran menyebabkan kemusnahan timur Aleppo.

“Kita sedar kemusnahan timur Aleppo tidak berlaku tanpa sokongan ketenteraan besar-besaran dari Russia. Russia tidak menghalang jenayah daripada berlaku beberapa hari lalu walaupun ia mampu berbuat demikian,” katanya.

Seibert berkata, Canselor Angela Merkel sudah berbincang dengan Presiden Russia, Vladimir Putin pada Selasa dan menggesa gencatan senjata segera diadakan. – WD MY