KUALA LUMPUR, 9 Feb – Aliran trafik di lebuh raya utama yang dilaporkan lancar pagi ini dijangka meningkat tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata, aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan khususnya menuju ibu kota masih lagi terkawal dan lancar pagi ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan tiada kesesakan dilaporkan berlaku di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY