KUALA LUMPUR, 20 Dis – Sertai…… Bekas pelajar luar negara disaran
menyertai Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara bagi membantu kerajaan merancang dan melaksanakan dasar pembangunan negara.

Bagi Naib Pengerusi 2 pertubuhan itu, Maznah Zolkifli berkata bekas pelajar
berkenaan merupakan golongan profesional yang dapat menyumbang pelbagai idea dan pendapat yang bernas bagi memperkasakan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, beliau berkata anggota Alumni Kelab UMNO Luar Negara
bersepakat dalam mesyuarat agung tahunan baru-baru ini untuk menambah
keanggotaan pertubuhan ini dan bergerak lebih aktif pada masa depan dalam
membantu kerajaan melaksanakan dasar negara dengan berkesan.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Maznah turut mengumumkan
Anggota Jawatankuasa (AJK) Tertinggi alumni itu bagi tempoh 2016-2018. – WD MY

Pengerusi Tetap: Dzariman Ibrahim
Timbalan Pengerusi Tetap: Mohd Faiz Iskandar
Pengerusi: Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan
Timbalan Pengerusi: Tashreeq Abdul Rashid
Naib Pengerusi 1: Dr Zainal Adwin Zainal Abiddin
Naib Pengerusi 2: Maznah Zolkifli
Setiausaha Agung: Ahmad Zaim Ahmad Tawfek
Timbalan Setiausaha: Dr Izza Aleena Mohd Nor Azizi
Pemeriksa Kira-Kira: Ahmed Hakim Almohdar Syed Mohd