KUALA LUMPUR, 5 Feb – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri bagi bulan ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Pelbagai kejayaan telah dicapai sepanjang tahun 2015 merupakan sesuatu yang membanggakan bagi kementerian berkenaan.

“PDRM antaranya yang berjaya menumpaskan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang merupakan kejayaan dalam memastikan keselamatan rakyat,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejayaan Malaysia berkongsi dengan komuniti antarabangsa melalui persidangan bagi deradikalisasi serta isu keselamatan lain seperti militan Daesh melalui penganjuran forum dan seminar patut dipuji.

Tambah beliau, antara kejayaan paling membanggakan KDN ialah kejayaan Polis Diraja Malaysia terutamanya dalam membanteras keganasan.

Menyentuh mengenai persidangan deradikalisasi yang berlangsung di Kuala
Lumpur bulan lepas, Ahmad Zahid berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara
di dunia yang menganjurkan program berkenaan.

“Ini merupakan sumbangan Malaysia kepada dunia melalui perkongsian
pengalaman di peringkat antarabangsa,” katanya. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY