KUALA LUMPUR, 14 Mac – Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Beliau yang turut dinaikkan pangkat kepada Komisioner itu menggantikan Datuk Tajudin Md. Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

Majlis serah dokumen tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim sebentar tadi di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Datuk Amar Singh, 58, merupakan antara 29 pegawai kanan polis yang terlibat dalam senarai kenaikan pangkat serta pertukaran 29 pegawai kanan. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY