KUALA LUMPUR, 24 Feb – Amaran…. Jangkaan keadaan ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Timur, Sarawak (Kuching & Rejang) dan Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan dikemaskini pada 6.21 pagi tadi, berkata keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj).

“Ribut petir akan menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil,” katanya.

Sementara itu, ribut petir juga dijangka berterusan sehingga pagi ini dan menjejaskan aktiviti perkapalan di perairan Selat Melaka Selatan, Reef South serta Sulu.

Jabatan itu berkata, ia berisiko menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter sekali gus, berbahaya kepada bot kecil. – WD MY