KUALA LUMPUR, 9 Jun – Amaran Ribut Petir……Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran ribut petir menyeluruh yang berlaku di perairan Sarawak, Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Ia membabitkan kawasan Kuching, Rejang, Bintulu dan Mukah di Sarawak manakala di Sabah, ia meliputi Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil,” kata jabatan itu menerusi laman web yang dikemas kini jam 5.24 pagi ini.

Jabatan itu turut memberi amaran untuk perkapalan apabila ribut petir yang berlaku di perairan Samui, Condore, Sulawesi dan Sulu dijangka berterusan, juga sehingga lewat pagi ini.

Sementara itu, MetMalaysia melaporkan tiada sistem Siklon Tropika dicerap dalam kawasan pemantauan pada kedudukan Latitud 0-20 utara dan Longitud 95-130 timur. – WD MY

LEAVE A REPLY