TEXAS, 14 Mac – Failkann….. Dua kakitangan penerbangan memfailkan saman terhadap American Airlines berikutan gangguan mesej di Facebook oleh rakan sekerja lelaki.

Wanita itu mendakwa American gagal untuk menguatkuasakan dasar melarang pekerja daripada menghina atau memberi komen yang memperkecil-kecilkan rakan sekerja di media sosial.

Mereka mendakwa menjadi mangsa diskriminasi seks dan gangguan seksual dan akan menuntut sejumlah ganti rugi yang tidak dinyatakan.

Jurucakap American Airlines yang beribu pejabat di Fort Worth, Texas berkata hari ini tindakan undang-undang tidak mempunyai merit.

Seorang krew kabin terbabit, Melissa Chinery dari Philadelphia, berkata selepas mengumumkan bahawa beliau memohon satu jawatan dalam kesatuan, beliau mula diganggu sekumpulan kakitangan penerbangan lelaki dan diejek dengan panggilan lucah.

Beliau berkata, maklumat sulit mengenai dirinya juga dimuat naik.

Seorang lagi kakitangan penerbangan, Laura Medlin, yang berpangkalan di Charlotte, Carolina Utara melaporkan gangguan sama selepas melepaskan jawatan dalam kesatuan. – WD MY