SEOUL, 11 Nov – SASAR….. Kapal perang Korea Selatan menyertai tiga kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, hari ini dalam satu latihan mempamerkan kuasa luar biasa menyasarkan Korea Utara.

Latihan ketenteraan bersama selama empat hari di barat Pasifik itu membabitkan kapal pengangkut pesawat termasuk USS Ronald Reagan, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt selain tujuh kapal perang Korea Selatan termasuk tiga kapal pemusnah, kata kementerian pertahanan Seoul.

 

Ia adalah latihan ketenteraan pertama yang membabitkan tiga kapal pengangkut pesawat secara serentak di rantau itu dalam tempoh sedekad.

“Latihan ini bertujuan meningkatkan pencegahan terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara serta mempamerkan kesediaan menangkis sebarang tindakan provokasi oleh Korea Utara,” kata jurucakap. – WD MY