WASHINGTON, 26 MAC – IKTIRAF….Presiden Amerika Syarikat (AS) menandatangani pengisytiharan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah Bukit Golan yang dipertikaikan, hari ini.

Kawasan itu adalah wilayah sempadan dirampas Zionis daripada Syria pada 1967.

“Pengiktirafan ini memakan masa panjang untuk dilaksanakan,” kata Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih.

Tindakan Trump itu bertentangan dengan persetujuan antarabangsa, sejak berdekad-dekad.

“Pengiktirafan ini bersejarah, Bukit Golan akan kekal di bawah kawalan Israel. Kita tidak akan melepaskannya.

“Pengiktirafan kamu berlaku ketika Golan amat penting untuk keselamatan kami,” kata Netanyahu terhadap wilayah yang masih dituntut Syria itu. – WD MY