Amerika Syarikat Nafi Pelan Gulingkan Presiden Filipina

0
102

MANILA, 29 Dis – Nafi….Pihak Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Filipina semalam menafikan kewujudan ‘pelan tindakan’ untuk menggulingkan Presiden Rodrigo Duterte.

Dalam laporan akhbar Manila Times pada Selasa lalu, bekas Duta Besar AS ke Filipina, Philip Goldberg didakwa tertinggal ‘pelan tindakan’ atau ‘cadangan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Presiden Filipina dari pemerintahan.’

Sebagai maklum balas kepada laporan itu, wakil khas media Manila, Molly Koscina berkata, Kedutaan Amerika Syarikat dengan tegas menyangkal dakwaan dalam artikel itu.

Dalam satu kenyataan, Koscina berkata, hubungan AS-Filipina adalah luas dan pakatan antara kedua-dua negara adalah antara hubungan yang paling lama bertahan dan penting di rantau Asia Pasifik.

“Ia dibina atas pengorbanan yang dikongsi demi demokrasi dan hak asasi manusia berteraskan hubungan rakyat kepada rakyat dan masyarakat yang utuh.”

Jabatan Negara Amerika Syarikat sebelum ini turut menafikan pembabitannya dalam sebarang rancangan untuk menggulingkan Duterte. – WD MY