WASHINGTON, 5 Nov – Terbunuh……. Pihak Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan serangan udaranya bulan lalu berjaya membunuh pemimpin al-Qaeda bagi timur laut Afghanistan, Farouq al-Qahtani.
“Serangan yang berjaya ini adalah satu lagi contoh bagaimana operasi AS dalam memerangi dan melemahkan rangkaian pengganas antarabangsa, memusnahkan pemimpin pengganas yang merancang untuk menyerang Amerika, kepentingan kita dan rakan sekutu kita di luar,” kata jurucakap Pentagon, Peter Cook hari ini.
Kenyataan itu mengesahkan Qahtani terbunuh dalam serangan pada 23 Oktober di Kunar.
Jurucakap itu berkata, seorang lagi pemimpin al-Qaeda di Afghanistan, Bilal al-Utabi, juga menjadi sasaran dalam serangan udara berasingan.
Bagaimanapun kejayaan serangan itu masih tidak diketahui lagi, katanya. – WD MY