WASHINGTON, 25 Jun – Sokong……. Presiden Barack Obama hari ini menyatakan Amerika Syarikat menghormati keputusan rakyat Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).
Obama turut menegaskan bahawa hubungan istimewa antara Washington dan London akan berterusan.
Dalam reaksi pertamanya terhadap keputusan referendum itu, Obama berkata rakyat United Kingdom sudah bersuara.
“Britain dan Kesatuan Eropah akan kekal sebagai rakan terpenting untuk Amerika Syarikat serta memastikan kestabilan berterusan, keselamatan dan juga kemakmuran bagi Eropah, Britain dan Utara Ireland terjamin,” kata Obama.
Reaksi Obama itu terkandung dalam kenyataan bertulis yang dikeluarkan Rumah Putih ketika beliau berkunjung ke California. – WD MY

 

LEAVE A REPLY