WASHINGTON, 23 Sept – BILANGAN…. Penambahan sekatan perjalanan ketat ke Amerika Syarikat (AS) selepas tempoh larangan ke atas rakyat enam negara majoriti Islam berakhir esok, kata pegawai pentadbiran Presiden Donald Trump.

Pegawai Rumah Putih dan Keselamatan Dalam Negeri berkata, selepas penilaian semula selama 50 hari, mereka mengenal pasti sebilangan lagi negara yang tidak atau enggan mematuhi piawaian AS bagi mengenal pasti potensi ancaman keganasan.

Trump, yang langkah awalnya terhadap enam negara majoriti Islam dikecam sebagai ‘larangan ke atas umat Islam’, belum membuat keputusan muktamad mengenai negara mana akan memasuki senarai baru bagi pengeluaran visa AS yang ketat.

Pegawai enggan mendedahkan negara atau memberikan jumlahnya.

Namun menegaskan arahan baru presiden akan melaksanakan langkah ‘spektrum’ daripada sekadar menapis ketat pemohon seperti meminta akses kepada telefon bimbit mereka dan media sosial kepada larangan perjalanan penuh .

“Musuh kami berusaha mengeksploitasi pertahanan untuk memasuki negara ini dan kami perlu melakukan segala terdaya untuk memastikan mereka tidak berjaya.

“Matlamat di sini bukan menghalang sebahagian negara memasuki AS. Ia adalah untuk melindungi rakyat sehingga kerajaan asing mematuhi piawaian dan tidak memberi ancaman kepada kebajikan dan keselamatan AS,” kata Miles Taylor. – WD MY