WASHINGTON, 25 Feb – Kehadiran Tentera Laut Amerika Syarikat di Laut China Selatan di tingkatkan berikutan operasi “kebebasan navigasi” di Laut berkenaan ketika Beijing meneruskan peningkatan ketenteraan di perairan yang menjadi rebutan itu.

Pelayaran membabitkan kapal perang Amerika yang menghampiri lingkungan 12 batu nautika di kepulauan yang dituntut China sebagai cara menolak tindakan Beijing menunjukkan kedaulatannya.

Sejak Oktober lalu, tentera laut melancarkan dua operasi seumpama itu di Laut China Selatan, dengan menyatakan misi berkenaan adalah cara penting mendaulatkan undang-undang antarabangsa.

“Kami akan banyak melakukan operasi ini dan melakukannya dengan lebih kompleks pada masa depan.

“Kami akan melakukan penerbangan, pelayaran dan beroperasi di mana saja undang-undang antarabangsa membenarkan,” kata Komander Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Harry Harris.

Tuntutan China ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan dibantah negara jiran dan perairan itu sudah lama dilihat sebagai pusat pelayaran penting. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY