KUALA LUMPUR, MAC 15:AMIRA…Penyanyi, Amira Othman, memberitagu media, beliau berasa gembira apabila bekas kekasihnya sudah ada peganti.

Bekas bintang Akademi Fantasia 2013 berusia 24 tahun itu berkata, beliau sendiri tidak terburu-buru dalam soal jodoh.

Sebelum ini, penyanyi lagu Jaga-Jaga itu dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan teman seperjuangan yang juga bekas anggota Azhael, Azhar Othman.

Penyanyi cantik dan manis ini memberitahu media “Saya tumpang gembira apabila mendapat tahu dia sudah menemui kekasih hati. Bagi saya, apa yang terjadi antara kami sudah berlalu. Saya juga sudah melupakan kisah lalu.

“Saya sendiri tidak terburu-buru memikirkan soal cinta atau jodoh kerana tumpuan saya ketika ini diberikan kepada kerjaya seni.

“Ketika ini, contohnya, saya memberikan sepenuh perhatian pada aktiviti promosi single terkini, Mimpi Indah, yang sudah lebih sebulan dikeluarkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan, semalam”- MY WD