RIYADH, 23 April – Lantik…… Kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelantikan anak lelaki Raja Salman, yang juga seorang juruterbang sebagai duta ke Amerika Syarikat (AS).

Pelantikan itu adalah antara beberapa arahan dikeluarkan Raja Salman dalam rombakan Kabinetnya, selain menggantikan ketua pasukan tentera.

“Putera Abdullah bin Faisal bin Turki ditamatkan perkhidmatannya sebagai duta ke Amerika Syarikat. Putera Khaled bin Salman bin Abdulaziz dilantik menggantikannya,” lapor Agensi Saudi Press yang memetiknya sebagai perintah diraja.

Menurut laman web Kedutaan Arab Saudi di Washington, Putera Abdullah sudah memegang jawatan itu selama lebih setahun.

AS dan Arab Saudi menjalin hubungan selama lebih ratusan tahun atas dasar pertukaran minyak dengan bantuan keselamatan dari Washington.

Bagaimanapun, hubungan Riyadh dan Washington bertukar genting ketika pentadbiran Presiden Barack Obama.

Pemerintah Arab Saudi menganggap Obama enggan terbabit dalam perang di Syria dan dilihat memihak kepada Iran, iaitu saingan Riyadh di rantau berkenaan. – WD MY