KUALA LUMPUR, FEB 19 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang seorang anak Malaysia kerana berjaya menghar

umkan nama Malaysia atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)

Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, dari Jertih, Terengganu yang merupakan lulusan Kolej Pendidikan Intec Shah Alam berjaya memperoleh markah 95 peratus ‘tertinggi di peringkat dunia’ bagi kertas Laporan Kewangan (F7).

“Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau,” kata Ahmad Zahid dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Wan Nur Mafudah yang memperoleh keputusan 8A1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sebelum ini menuntut di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dalam bidang perakaunan sebelum menyambung pengajian di Kolej Pendidikan Intec. – MY WD