KUALA LUMPUR, 22 Feb – ARAHAN….. Pihak Polis menunggu arahan daripada pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan positif dadah pada 5 Januari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan selepas pihak polis menerima laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.

“Kertas siasatan sudah diserahkan dan kita menunggu arahan daripada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 280 pegawai dan anggota bagi Kontinjen Kuala Lumpur di Pulapol petang semalam.

Kosmo! pada 5 Januari lalu melaporkan Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, ditahan selepas positif ganja dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini. – WD MY