IPOH, 17 April- Anak Syarikat LTAT Pasang AES.. Kerja-kerja pemasangan 1,200 Kamera Sistem Automatik (AES) akan diambil alih oleh Anak Syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tindakan penambahan 1,200 AES di seluruh negara seperti yang diluluskan kabinet baru baru ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan bukannya tindakan menghukum rakyat.

Jelasnya, sebanyak 6500 kematian dicatatkan daripada 445,000 kemalangan setiap tahun di negara ini.

Ia sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara tertinggi jumlah kemalangan berbanding negara lain berkapasiti penduduk lebih ramai seperti China.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ekspo Outreach Dana Bumiputera Perak di Stadium Indera Mulia.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY