INI TIDAK ADIL, TIDAK ADIL BAGI KU

Sehari selepas PKR mempertahankan kerusinya di DUN Sg Kandis. Walaupun dengan majoriti yang “tidak kacak”. Pemilihan pucuk tertinggi parti keadilan ini benar-benar mengejutkan semua.

Di media sosial, ada yang menduga bahawa Azmin Ali akan melawan kerusi panas Presiden. Malah 4 hari lalu terbongkar suara Anwar atau miripnya “dok…dok… yang Azmin nie jadi barua Mahathir pasai apa”. Ha… ramai lah yang menyangka akan berlaku perpecahan dalaman PKR. Tun Mahathir juga dikaitkan sebagai pencatur semua ini.

Tapi semua sangkaan ini dinafikan mentah-mentah semalam. Anwar menang tanpa bertanding. Tiada siapa hantar borang pencalonan selain Anwar bin Ibrahim. Automatiknya sosok politik bergelar “Pak Sheikh” ini adalah Presiden baharu PKR.

Tekaan semua orang silap. Ikan pelaga semua tidak boleh cari makan lagi. Tapi … kenapa semua mendiam diri. Bisu !

Adakah ini lambang demokrasi dalam PKR ? Ruang pertandingan tertutup rapat. Kalian ingat tak ? Ketika UMNO pasca PRU 14. MT membuat keputusan agar jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

Aduh kecoh di bawah ; tiada demokrasi dalam UMNO. Parti-parti lawan termasuk DAP BERSATU dan PKR masuk campur menekan UMNO. Jawatan tertinggi perlu dipertandingkan. “Kita mahu jawatan Presiden dan Timbalan dipertandingkan”. Bukan itu sahaja, orang tu pun sama pinta jawatan Presiden pun dipertandingkan. Nah, MT akur. Leluhur demokrasi dalam UMNO diturutkan.

Tapi Now. Now. Now. Bila Anwar jadi Presiden PKR tanpa bertanding. Kenapa semua akur. UMNO tak boleh ! PKR boleh ? Macam tue ker Bro ? Bila Anwar MTB itu tandanya wujudnya keharmonian. Bila sesiapa dalam UMNO jadi MTB itu tanda – tiada demokrasi ! Cis.

Mana penggiat politik tanah air. Komen lah sikit pemilihan PKR nie. Suruhlah Azmin Ali vs Rafizi Ramli debat dalam AWANI. Kenapa diam ? Ini yang saya katakan : ini tidak adil. Pemimpin PKR DAP PPBM : semua recycle. Rakyat pilih jugak. Napa UMNO nak citarasa barulah, mudalah. Pelik.

Sedangkan waktu UMNO tewas dulu, itulah waktu paling ideal untuk kita susun muluk-muluk (cantik-cantik) untuk elak perpecahan. Lepas kalah kot. Nie tak, budaya dalam UMNO semua pelahap. Kalah, desak ketua letak jawatan. Desak Pak Lah, desak Najib. Parti Pembangkang berapa puluh tahun kalah, relax aje Bro. Berubah la UMNO wei. Sebab didesak pertandingan itulah menyebabkan wujudnya bibit persengketaan sekarang.

Buktinya bila ada seorang figura UMNO nie berucap di Sg Kandis. “Ini adalah kerjasama terakhir UMNO + PAS”. Ish … ini sudah melampau. Kenyataan seperti ini yang mungkin menyebabkan penyokong PAS tidak keluar mengundi di Sg Kandis. Pucuk pimpinan sudah putuskan jalinan UMNO + PAS ini. Jangan kita memandai-mandai. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Percayalah kalau UMNO bagi sokongan padu pada PAS di Dun Seri Setia, insyallah kerjasama ini akan bertambah baik. Jangan terlalu cepat melatah. Tapi … kumpulan fanatik figura tue … tetap anggap sipulan tidak bersalah. Ini tidak adil bagiku.

Ada pulak cakap isu agama bangsa dan sejarah sudah tidak relevan dimainkan oleh UMNO. Jap … kita tanya balik. Siapa yang bangkitkan isu ini ? UMNO atau Kulasegaran. UMNO atau Fahmi Redza (bapa komunis moden) ? UMNO hanya menjawab balas semua isu ini.

Bila UMNO jawab isu sejarah, bangsa, agama kau orang kata tak relevan. Tapi bila sejarah bangsa kau diperlekehkan oleh DAP, kau boleh tutup mata. Ini tidak adil. Kau ni jenis “bangsa”apa ? UMNO memang ada silap. Tapi UMNO lah satu-satu parti yang akan mempertahankan agama, bangsa dan negara kita. Kau akan tahu bila “cacing sudah naik ke mata”. Waktu tue mata kita sendiri akan melihat segala kerosakan tersebut.

SANG PUNAHSIHAT…..