KUALA LUMPUR, JAN 23: PENING KEPALA… Bekas perdana menteri yang kini digelar “Raja Troll”, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir insiden Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang membaca teks ucapan yang kononnya daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Najib mempersoalkan bagaimana Mohd Rashid boleh menyalahgunakan nama TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di dalam majlis pelancaran projek swasta.

Beliau menyarankan agar pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewujudkan WhatsApp group sesama sendiri dan menyertakan gambar cara-cara untuk membuat demikian.

“Adoi! Maka negara bertambahlah kucar-kacir. Buatlah WhatsApp group sesama diri. Anda rasa rakyat ada masa untuk pening kepala?” soalnya sinis di Facebooknya.

Posting Najib itu mendapat lebih 22,000 likes dan 1,800 komen.-MY WD