TEL AVIV, 2 Ogos – Larangan….. Anggota keselamatan Israel dilarang bermain permainan Pokemon Go berikutan kebimbangan ia boleh menyebabkan kebocoran maklumat dan lokasi sensitif tentera.

Pihak tentera menyatakan, berikutan keperluan aplikasi itu untuk mengakses lokasi dan kamera pengguna, ia berpotensi mendedahkan maklumat sensitif seperti lokasi pangkalan tentera dan imej di dalam bangunan.

Pihak berkuasa juga bimbang anggota tentera secara tidak sengaja memuat turun aplikasi tiruan menyerupai permainan itu dan membocorkan lebih banyak maklumat.

Pemain Pokemon Go mengikuti peta digital untuk menangkap watak siri kartun itu dengan mencari jalan raya dan bangunan di dunia sebenar.

Sementara itu, Persatuan Barah Israel menasihatkan pemain tidak berada terlalu lama di luar pada waktu siang untuk mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada sinar matahari.

Permainan itu nyata popular dalam kalangan penduduk Israel, malah Presiden Reuven Ruvi Rivlin pernah dirakam bermain dengan menyiarkan imej salah satu karektor kartun itu di dalam pejabat. – WD MY

LEAVE A REPLY