MACHANG, 4 Sept – MATI…… Lelaki maut selepas ditembak anak saudaranya dalam kejadian di Kampung Kerilla, Temangan, Machang, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Rosmadi Abdul Aziz, 49, yang cedera parah di perut dikejarkan ke Klinik Temangan, di sini namun disahkan meninggal dunia.

Selain Rosmadi, seorang lelaki yang berada di tempat kejadian turut cedera akibat terkena tembakan itu.

Suspek berusia 20 tahun, memecah masuk rumah mangsa untuk mengambil senapang mangsa, yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan kemudian menembaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. – WD MY