KUALA LUMPUR, 2 Jan – Amaran……. Keadaan Angin kencang timur-timur laut berkelajuan
50 hingga 60km sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di
kawasan perairan Condore dan Reef North sehingga hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, angin kencang
berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter turut dijangka
berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South,
Layang-Layang dan Palawan.
“Keadaan yang sama mungkin berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu,
Pahang, Johor Timur dan Sarawak,” kata kenyataan itu.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil,
rekreasi laut dan sukan laut. – WD MY