KUALA LUMPUR, 24 Okt – Amaran Keadaan Cuaca….. Keadaan angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket sehingga esok.

Jabatan Meteorologi berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Samui, Condore dan Bunguran dijangka berlaku sehingga esok.

Menurut kenyataan itu keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ia juga berkata angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga esok.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan hari ini. – WD MY